Bulu kambing disangka babi

0
43



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka hari ini memulangkan kira-kira 200 batang berus warna air dan berus cat kepada dua buah kedai.

Tindakan itu diambil selepas mendapati ia sebenarnya dibuat daripada bulu kambing dan bukan babi seperti yang disyaki, lapor China Press.

Pemulangan itu dibuat tiga bulan selepas kementerian itu membuat serbuan selepas kebimbangan berus berus babi dijual tanpa label sepatutnya.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Melaka, Hamzah Mahadi memulangkan berus-berus itu dengan disaksikan oleh exco kepenggunaan negeri Lai Meng Chong.

Kontroversi itu bermula apabila Berita Harian pada Februari lalu menghantar sampel daripada bulu itu untuk analisis dan mendapati ia berasal daripada babi.

Laporan itu mendorong rampasan bawah Perintah Perihal Dagangan (Barang-barang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing) 2013 yang mensyaratkan pengasingan dan pelabelan barang berasaskan kedua-dua jenis binatang itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here