Bunuh bayi: Pasangan kekasih berdepan hukuman mati

0
63



Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelaki berusia setahun lapan bulan, anak kepada wanita berkenaan, minggu lepas.

Sofia Nabila Naim, 22, dan Mohd Hanafi Misban, 28, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan sebaliknya hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Salawati Djambari.

Mohd Hanafi merupakan seorang mekanik manakala Sofia tidak bekerja dan kini hamil tiga bulan, hasil hubungan mereka.

Mangsa bayi itu merupakan anak kepada tertuduh wanita hasil hubungan luar nikah dengan lelaki lain.

Kedua-duanya, yang tinggal bersekedudukan, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu ke atas mangsa, Muhammad Zahril Sufyan Abdul Zahir, di sebuah rumah di Blok 4 peringkat dua, Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, antara 7.10 pagi hingga 2.30 petang, 15 Mei lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan dan dibacakan bersama Seskyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Hakim menetapkan 3 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan penuh bedah siasat dan ujian DNA.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Suhaila Shafi’uddin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here