Bunuh, gantung 'munafik' [METROTV]

0
33



Kuala Lumpur: Diculik dan dibunuh, manakala di leher mereka pula ditinggalkan dengan sekeping kadbod bertulis ‘munafik’.

Itu keadaan puluhan mayat orang awam yang bergelimpangan selepas diculik kumpulan militan bersenjata Maute di bandar Marawi, selatan Filipina.

Sumber penduduk tempatan memaklumkan mayat orang awam itu ditemui pasukan tentera kerajaan Filipina selepas mengawal bahagian selatan bandar Marawi.

“Militan Maute dipercayai menculik puluhan orang awam yang dikatakan menjadi ‘tali barut’ kepada kerajaan sebelum dibunuh, manakala jasad mereka ditinggalkan di sekitar bandar.

“Sebilangan besar mereka yang diculik kumpulan militan itu adalah pekerja kilang roti dan dikatakan beragama Kristian,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mei 2017 @ 2:36 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here