Burger King bangkitkan kemarahan keluarga diraja Belgium

0
39


BRUSSELS: Burger King berhadapan masalah dengan keluarga diraja Belgium berhubung kempen iklan meminta rakyat negara itu mengundi secara atas talian untuk ‘memahkotakan’ restoran makanan segera itu sebagai pemerintah sebenar Belgium.

Iklan itu dibuat berikutan pelancaran jenama Amerika Syarikat berkenaan di Belgium pada bulan depan.

Wakil Raja Philippe, semalam meminta unit tempatan Burger King yang dimiliki Restaurant Brands International, menjelaskan perkara itu.

“Kami memberitahu kami tidak gembira dengan tindakan mereka menggunakan imej Raja dalam kempen,” kata jurucakap istana, Pierre-Emmanuel De Bauw, menambah imej monarki, dalam kes ini berbentuk kartun, tidak boleh digunakan untuk tujuan perniagaan.

Sementara itu, jurucakap Burger Brands Belgium, Shana Van den Broeck, berkata syarikat berkenaan mempertimbangkan sama ada membuat perubahan pada iklan.

Iklan animasi itu, menjelaskan Raja Philippe dimahkotakan pada 2013, mengumumkan pelancaran jenama di Belgium bulan ini dan meminta: “Dua Raja. Satu mahkota. Siapa yang akan memerintah? Undi sekarang …”

Sesiapa yang mengundi monarki berusia 57 tahun itu berhadapan siri persoalan seperti: “Anda yakin …? Beliau tidak akan memasak kentang goreng untuk anda.” – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here