Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

0
126
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pagi ini berikutan sentimen lemah akibat penyusutan semalaman yang dicatatkan oleh Wall Street.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,847.6 berbanding 1,837.01 selepas dibuka 2.18 mata lebih rendah kepada 1,847.53.

Bagaimanapun di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 107 berbanding 89 manakala 154 kaunter tidak berubah, 1,532 tidak didagangkan dan 22 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 67.97 juta unit bernilai RM31.97 juta.

Dalam pada itu, pasaran saham Amerika Syarikat (AS) bermula dengan langkah kukuh namun susut pada tempoh akhir sebelum ditutup susulan laporan mengenai tindakan Biro Siasatan Persekutuan negara itu menyerbu pejabat peguam peribadi Presiden Donald Trump, Michael D. Cohen.

Sementara itu, dalam satu nota penyelidikan, MaybankIB Research menjangkakan indeks utama FBMKLCI didagangkan antara 1,840 dan 1,860 hari in dengan paras penurunan diunjur kepada 1,812 dan 1,796.

“Berikutan pembubaran Parlimen, FBM KLCI terus mencatat kenaikan dalam bahang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Bagaimanapun, pasaran akan terus lemah akibat faktor luaran yang tidak menentu,” kata firma penyelidikan itu.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut dua sen kepada RM10.44, Public Bank rugi enam sen kepada RM23.88 dan CIMB turun satu sen kepada RM7.01.

Tenaga sebaliknya untung dua sen kepada RM15.90 manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.48.

Indeks FBM Emas merosot 11.75 mata kepada 12,874.05, Indeks FBMT 100 susut 12.5 mata kepada 12,705.3, FBM 70 berkurangan 8.02 mata kepada 15,309.43 manakala Indeks FBM Emas Syariah turun 0.68 mata kepada 13,058.04.

Indeks FBM Emas juga berkurangan 11.75 mata kepada 12,874.05, Indeks FBMT 100 susut 12.5 mata kepada 12,705.3, FBM 70 merosot 8.02 mata kepada 15,309.43 sementara Indeks FBM Emas Syariah kehilangan 0.68 mata kepada 13,058.04.

FBM Ace sebaliknya menokok 32.42 mata kepada 5,187.51.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 26.93 mata kepada 17,970.42, Indeks Perladangan merosot 16.06 mata kepada 7,923.85 manakala Indeks Perusahaan turun 1.99 mata kepada 3,212.12.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here