Bursa Malaysia dibuka tinggi

0
200
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam untuk dibuka lebih tinggi hari ini susulan minat belian berterusan bagi saham wajaran tinggi terpilih serta seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau lainnya, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,828.64 iaitu menokok 0.01 mata berbanding paras penutup 1,828.63 semalam dan dibuka 2.61 mata lebih tinggi kepada 1,824.55.

Sentimen pasaran secara keseluruhannya adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 197 berbanding 116 manakala 234 kaunter tidak berubah, 1,285 tidak didagangkan manakala 32 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 374.60 juta saham bernilai RM98.52 juta.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, Maybank Investment Bank Research (Maybank IB) berkata bursa tempatan itu dijangka reda hari ini.

“Aliran peningkatan semalaman di pasaran Amerika Syarikat (AS) akan memberi sokongan kepada bursa tempatan, namun selepas mencatat kenaikan selama empat hari berturut-turut, kami percaya FBM KLCI akan mengalami pembetulan teknikal.

“Malah, secara teknikalnya, kami mengunjurkan indeks petunjuk utama itu didagangkan antara 1,820 dan 1,835 hari ini. Paras sokongan menurun pula sekitar 1,812 dan 1,793 mata,” kata firma pelaburan itu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing susut dua mata kepada RM9.86 dan RM20.86 manakala TNB tidak berubah pada RM15.82 dan Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM8.19.

Bagi saham cergas pula, Sumatec untung setengah sen kepada 10.5 sen, UMW O

Indeks FBM Emas naik 5.63 mata kepada 13,197.36, Indeks FBMT 100 menambah 3.50 mata kepada 12,851.87 dan FBM 70 menokok 16.07 mata kepada 16,436.36.

Indeks FBM Emas Shariah menambah 10.19 mata kepada 13,628.70 manakala FBM Ace meningkat 37.65 mata kepada 6,843.83.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 11.21 mata kepada 17,257.47, Indeks Perladangan menambah 17.37 mata kepada 8,092.60 namun Indeks Perusahaan merosot 1.75 mata kepada 3,336.60.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here