Bursa Malaysia kembali dibuka tinggi

0
65
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kembali dibuka tinggi berikutan kemunculan semula sentimen optimis dan minat belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih selepas mengalami kerugian ketara sebelum ini, kata peniaga.

Pada 9.16 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 24.03 mata kepada 1,743.31 berbanding paras 1,719.28 sewaktu ditutup pada Rabu.

Malah sewaktu dibuka, penanda aras itu mencatat 12.37 mata lebih tinggi kepada 1,731.65.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 323 berbanding 125 manakala 1,004 kaunter tidak berubah, 482 tidak didagangkan dan 54 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 859.67 juta unit bernilai RM332.39 juta.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd menerusi satu nota penyelidikannya hari ini berkata, pasaran berupaya menampan sebahagian kerugian yang dialami semalam susulan harapan menyaksikan Itali mengelak pilihan raya baharu terus mendorong pemulihan pasaran saham dan bon negara itu selepas mengalami kerugian ketara pada sesi dagangan sebelum ini.

Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung 19 sen kepada RM9.76, Public Bank naik 28 sen kepada RM24.26, TNB menokok 60 sen kepada RM14.74, Petronas Chemicals meningkat 12 sen kepada RM8.11 manakala CIMB menambah sembilan sen kepada RM5 .99.

Bagi saham aktif, Sapura Energy menokok dua sen kepada 60.5 sen, MyEG untung satu sen kepada 77.5 sen, Hibiscus Petroleum meningkat tiga sen kepada 90.5 sen manakala Anzo dan P.A Resources masing-masing kekal pada lima sen dan enam sen.

Indeks FBM Emas pula menambah 161.76 mata kepada 12,160.18, Indeks FBMT 100 meningkat 164.25 mata kepada 11,975.94 sementara Indeks FBM Emas Shariah naik 158.19 mata kepada 12,184.33.

FBM 70 pula meningkat 194.6 mata kepada 14,388.76 manakala FBM Ace naik 50.19 mata kepada 5,024.64.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 241.18 mata kepada 17,430.01, Indeks Perladangan menambah 42.46 mata kepada 7,798.16 dan Indeks Perindustrian meningkat 16.34 mata kepada 3,069.23. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here