Cadangan penjagaan kesihatan AS terus dibantah

0
35


WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 80 orang ditahan di hadapan bangunan Kongres Amerika Syarikat (AS), ketika menyuarakan bantahan terhadap usaha kerajaan menangguhkan rang undang-undang penjagaan kesihatan.

Kumpulan Senat berdepan tekanan untuk menggubal peraturan yang membenarkan pemansuhan dan penggantian undang-undang penjagaan kesihatan Presiden Barack Obama atau ‘Obamacare’.

Penunjuk perasaan berlegar di sekurang-kurangnya di 13 kawasan berasingan di bangunan kompleks Capitol yang menempatkan pejabat penggubal undang-undang dan kakitangan mereka.

Polis Capitol dalam satu kenyataan berkata, 32 lelaki dan 48 wanita ditahan kerana menyertai demonstrasi yang menyalahi undang-undang.

Presiden AS, Donald Trump, terus menekan ahli Kongres Republikan, menggesa mereka meluluskan pindaan penjagaan kesihatan sebelum tempoh rehat Kongres menjelang Ogos.

Trump memansuh dan menggantikan Rang Undang-Undang Penjagaan Kesihatan ditandatangani Obama pada 2010, iaitu Akta Penjagaan Mampu (ACA) sebagai keutamaan pentadbirannya. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here