Cahill tekad menyamai rekod Klose

0
244
Advertisement



TONGGAK utama Australia, Tim Cahill menepis persoalan mengenai persaraan hari ini ketika dia menyasarkan untuk muncul pemain keempat menjaringkan gol dalam empat Piala Dunia.

Namun untuk melakukannya, dia berharap jurulatih Australia dari Belanda, Bert van Marwijk memberikannya peluang beraksi dari bangku pemain simpanan.

Bintang Socceroos, Cahill memainkan peranan bagi hampir separuh daripada 11 gol Australia pada Piala Dunia setakat ini.

Sekalipun dia dijangka memulakan semua tiga perlawanan Kumpulan C – menentang Perancis, Peru dan Denmark – di bangku simpanan, impian Cahill untuk muncul pemain keempat selepas legenda Brazil, Pele dan dua pemain Jerman, Uwe Seeler dan Miroslav Klose meledak gol dalam empat Piala Dunia masih belum padam.

Pada usia 38 tahun, masa bagaimanapun tidak memihak pemain Australia itu yang menyatakan dia “menghabiskan sepanjang tahun untuk bersiap sedia bagi tiga perlawanan.”

Cahill tidak menyembunyikan hasrat peribadinya dan pasukan Australia yang berharap mampu mengejutkan naib juara Euro 2016, Perancis di Kazan, Sabtu ini.

Ditanya mengenai perancangan masa depannya dia berkata: “Hakikatnya, kami berlatih hari ini, kami berlatih sehari kemudian, kemudian kami bermain menentang Perancis dan hanya itu yang berada dalam fikiran saya ketika ini.

“Bagi saya, berada di sini sekarang sungguh bermakna. Untuk berada di padang satu lagi langkah, untuk menjaringkan gol pastinya menakjubkan. Untuk menyertai senarai nama rekod penjaring ia pasti terlalu berharga.”

Di Jerman 2006, Cahill yang beraksi dengan Everton ketika itu meledak dua gol lewat untuk mengejutkan Jepun 3-1 sekali gus layak ke pusingan 16.

Empat tahun kemudian di Afrika Selatan, Cahill menyumbat satu gol lagi menentang Serbia namun mereka gagal ke pusingan kedua.

Di Brazil 2014, Cahill meledak sekali lagi, mengurangkan jurang ketika ketinggalan 0-2 kepada Chile dan kemudian memperagakan kehebatannya dengan gol voli menakjubkan untuk menyamakan kedudukan menentang Belanda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here