Cakap ikut sedap mulut, 10 kenyataan kontroversi Donald Trump

0
98
Advertisement

SEBAHAGIAN rakyat Amerika Syarikat AS yang memilih Donald Trump pada pilihan raya presiden lalu mungkin sedang gigit jari.

Ramai yang terpesona dengan slogan ‘Menjadikan Amerika Hebat Kembali’ yang jadi modal kempen Trump yang membolehkan jutawan itu mengalahkan calon pilihan Hillary Clinton.

Namun hampir setahun menjadi orang nombor satu negara Uncle Sam itu, Trump lebih banyak mencipta kontroversi menerusi kenyataannya yang disifatkan sebagai ikut sedap mulut.

Terbaharu apabila Trump didakwa melabelkan beberapa negara sebagai lubang najis ketika mesyuarat tertutup mengenai pendatang bersama penggubal undang-undang AS di Oval Office, White House.

BACA: Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis? – Donald Trump

Sebelum itu presiden paling tua yang dilantik dalam sejarah AS itu sudah banyak kali buat onar dengan satu demi satu kenyataan jeleknya.

Kami senaraikan 10 daripadanya termasuk ketika Trump belum lagi bergelar presiden.

1. Mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel

“Saya sudah tentukan, sudah tiba masa untuk memperakui Baitulmaqdis secara rasmi sebagai ibu negara Israel.” – Kenyataan rasmi presiden: Washington DC, 6 Disember 2017

2. Mengaitkan Arab dengan serangan 11 September 2001

“Terdapat mereka yang bersorak di bahagian lain New Jersey yang dihuni ramai orang Arab. Mereka bersorak ketika Pusat Dagangan Dunia (WTC) runtuh.” – Kempen pilihan raya presiden: New Jersey, November 2015

3. Melarang orang Islam memasuki AS

“Donald J. Trump menyeru agar orang Islam dilarang sama sekali daripada memasuki Amerika Syarikat sehingga wakil negara kita boleh memikirkan apa yang sedang berlaku.” – Kempen pilihan raya presiden: South Carolina, Disember 2015

4. Ivanka Trump untuk muka depan majalah Playboy

“Saya tidak fikir Ivanka akan melakukannya dalam majalah itu walaupun bentuk badannya menarik. Saya pernah kata jika Ivanka bukan anak saya, mungkin saya sudah mengajaknya keluar.” – Temubual bersama The View: New York, Mac 2006

5. Melabel pendatang Mexico sebagai penjenayah

“Apabila Mexico menghantar rakyatnya ke sini, mereka tidak menghantar yang terbaik. Mereka menghantar mereka yang banyak masalah dan masalah itu dibawa bersama ke sini. Mereka bawa dadah, jenayah. Mereka perogol namun saya rasa ada juga yang baik.” – Ucapan ketika umum sertai pilihan raya presiden: Washington,  17 Jun 2015

5 Cadangan bina tembok di sempadan Mexico

” Tiada siapa yang boleh bina tembok lebih baik daripada saya, percayalah. Saya akan bina tembok yang tidak mahal untuk mereka. Saya akan bina tembok yang sangat besar di sempadan selatan dan saya akan pastikan Mexico membayar untuknya. Ingat kata-kata saya ini.” – Ucapan ketika umum sertai pilihan raya presiden: Washington, 17 Jun 2015

6. Menyalahkan Barack Obama dengan rusuhan penduduk kulit hitam di Baltimore

” Presiden Afrika-Amerika kita yang hebat tidak berjaya mencipta impak positif terhadap samseng yang begitu teruja dan secara terbuka menghancurkan Baltimore.” – Twitter: April 2015

7. Mempertikai John McCain

“Dia bukan wira perang. Dia dianggap begitu hanya kerana dia ditangkap musuh. Saya suka mereka yang tidak ditangkap.” – Kempen pilihan raya presiden: Iowa, Julai 2015

8. Menyindir peserta wanita The Aprrentice
” Semua peserta wanita dalam The Apprentice main cinta dengan saya secara sedar atau tidak. Itu memang sudah dijangka.”– Tulisannya dalam buku Trump How to Get Rich, 2004

9. Perasaannya terhadap mendiang Puteri Diana

“Satu satunya yang saya kesal apabila bercakap mengenai wanita adalah saya tidak berkesempatan untuk keluar bersama Lady Diana Spencer. Saya bertemunya dalam beberapa majlis.” – Tulisannya dalam buku Trump: The Art of the Comeback, 1997

10. Memuji diri sendiri, memperlekeh pengkritik

“Maaf si malang dan pembenci tapi IQ saya adalah antara yang tertinggi dan anda tahu mengenainya! Tolong jangan rasa dungu atau tidak selamat, ia bukan salah anda.”– Twitter, 8 May 2013

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here