Cantiknya Honor 10

0
459
Advertisement



afiq_hanif@hmetro.com.y

Berpeluang menguji Honor 10 memang satu penghargaan kepada fon dengan kamera AI 24 megapiksel, rekaan Aurora pada bahagian belakang, 5.84 inci Honor FullView dan pengimbas cap jari ultrasonik pada bahagian kaca.

Honor 10 mempunyai dwilapisan kaca pada bahagian belakangnya.

Apabila bercakap mengenai pengimbas cap jari ultrasonik pula, ia membawa maksud kemampuan mengimbas jari dengan pantas meskipun jari anda mungkin basah atau kotor.

Rekaan cantik belakang ini memang mencuri tumpuan dan kelihatan sedap-sedap memakainya di tangannya.

Dua kamera AI di belakang mampu menukar seorang yang amatur kepada jurugambar profesional.

Kamera utama dengan AI dibantu pemprosesan Kirin 970 yang mampu mengesan lebih 500 senario melalui 22 kategori pada masa sebenar.

Ia mengubah tetapan kamera secara automatik untuk membantu meningkatkan skil seperti gambar landskap.

Paparan warna akan disesuaikan dengan visual yang vivid seolah-olah ia dirakam mata anda.

Ciri ‘Potrait Lighting’ juga menarik untuk menghasilkan potret bokeh, malah dengan AI, sebaik ia merakam gambar anda akan mengesan wajah dan secara automatik menyusun posisi dan skala antara individu dan latar belakang kemudian menetapkan gambar pada bokeh yang sesuai.

Kamera depan pun tidak kurang hebatnya apabila kamera 24 megapiksel itu mempunyai keupayaan mengesan wajah 3D, optimumkan perincian pada wajah, mengesan lebih banyak point dalam wajah untuk ketepatan muka manusia.

Kemudian, ada pula ‘groufie’ yang merakam gambar beramai-ramai kemudian latar belakang dikaburkan secara automatik.

Gambar dirakam disusun kemas dalam fail melalui Smart Gallery memudahkan anda melihat kembali dan mengaitkannya dengan memori yang anda tidak mahu lupakan.

Honor 10 mempunyai bateri berkapasiti 3400mAh dengan Honor Super Charge 5V/4.5A mampu mengecas 50 peratus dalam masa 25 minit saja.

EMUI 8.1 pintar pula menghasilkan Easy Talk yang membuang bunyi bising ketika anda sedang berbual di telefon.

Jika anda mahu membelinya, mungkin boleh nelayari shopee.com.my/honormy.officialstore atau www.hihonor.com/my/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here