Cari ibu kandung

0
81



Kuala Lumpur: Ibu kandung atau waris kepada Ahmad Rizki, 7, diminta tampil demi masa depan kanak-kanak itu yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kanak-kanak lelaki itu ditempatkan di JKM pada 18 April lalu selepas menerima Perintah Jagaan Sementara mengikut Subseksyen 19(2) Akta Kanak-kanak 2001 sementara mengesan ibu kandung atau waris kanak-kanak.

Dalam satu kenyataan, semalam, JKM meminta ibu kandung kanak-kanak itu, Isumiati Atam atau waris keluarga yang mengetahui maklumat mengenai kelahiran Ahmad Rizki hadir ke JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur dan boleh berhubung dengan pegawai pelindung iaitu Azizul Rahaman Zabidin di talian 03-26124196 atau 03-26124000.

Kisah Ahmad Rizki yang bertindak sebagai ketua keluarga untuk menyara diri dan ayahnya yang juga penagih dadah dengan melakukan empat pekerjaan disiarkan muka depan akhbar ini pada 15 April lalu.

Sementara itu, JKMWPKL turut meminta ibu kandung atau waris kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikenali sebagai Ah Tea yang diselamatkan ketika operasi pengemis dan kutu rayau menghubungi jabatan itu.

Ah Tea ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras sejak 2007 dan jabatan itu berharap ibu kandung atau waris kanak-kanak berkenaan tampil untuk penempatan kanak-kanak selanjutnya.

Selain itu, seorang wanita dikenali sebagai Hajlina Ramli diminta tampil ke JKMWPKL untuk memberikan butiran maklumat kelahiran anaknya iaitu bayi perempuan berusia sebulan.

Bayi itu ditempatkan di bawah jagaan JKM pada 29 Mac 2017 mengikut Perintah Jagaan Sementara di bawah Subseksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001, sementara tempoh siasatan untuk mengesan ibu kandung atau waris kanak-kanak.

Mereka yang mengenali kanak-kanak dan bayi itu diminta menghubungi pegawai pelindung masing-masing iaitu Noor Azlin Che Kamaruddin dan Noor Zaiha Zainal Abidin di talian 03-26124000 sambungan 4038 dan 4037.

SHARE
Previous articleSenjata batu
Next articleIkut nafsu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here