Cavani akan kekal di PSG

0
176
Advertisement



PARIS: Thomas Tuchel menegaskan Edinson Cavani komited sepenuhnya terhadap Paris Saint-Germain di sebalik spekulasi mengaitkan penyerang itu dengan Real Madrid.

Juara Eropah dari Sepanyol itu ketika ini kuat dikaitkan dengan penyerang prolifik Uruguay itu dalam usaha mengisi kekosongan ditinggalkan Cristiano Ronaldo yang berpindah ke Juventus.

Begitupun, sebarang cubaan untuk membawa keluar Cavani dari Parc des Princes jelas akan menjadi tugas yang amat sukar dengan pengurus baharu, Tuchel bertegas pemain berusia 31 tahun itu berada dalam perancangannya.

“Ini perasaan saya dan saya juga tidak pernah mendengar perkara seperti ini (Cavani ingin berpindah),” kata Tuchel.

“Saya bercakap dengannya dan dia langsung tidak memberitahu apa pun. Dia adalah pemain utama kami.”

Dalam perkembangan lain, Tuchel turut menafikan PSG bersetuju mendapatkan khidmat pemain tengah Borussia Dortmund, Julian Weigl.

Laporan mendakwa pemain kebangsaan Jerman berusia 22 tahun itu boleh menyertai bekas pengurusnya itu jika Dortmund melengkapkan perpindahan Axel Witsel dari kelab China, Tianjin Quanjian.

Weigl menyinar di bawah kendalian Tuchel sepanjang dua musim di Signal Iduna Park dengan membuat 60 penampilan Bundesliga serta dipanggil menyarung jersi skuad kebangsaan.

Begitupun, Tuchel menegaskan tiada sebarang perjanjian sudah dicapai tetapi beliau masih belum menutup pintu terhadap sebarang rundingan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here