Cavani cedera betis?

0
364
Advertisement



NIZHNY NOVGOROD, Russia: Uruguay menafikan Edinson Cavani mengalami kecederaan otot betis, sekali gus mencerahkan peluang pemain itu beraksi pada suku akhir Piala Dunia menentang Perancis.

Kenyataan pasukan itu menjelaskan tahap kecergasan Cavani akan dinilai secara harian menjelang aksi suku akhir di Nizhny Novgorod, Jumaat ini.

“Imbasan dilakukan terhadap Edinson Cavani yang mengesahkan wujud bengkak di betisnya tapi tidak membabitkan koyak pada otot,” demikian kenyataan Persatuan Bolasepak Uruguay.

Penyerang Paris Saint-Germain itu dilihat terhincut-hincut sambil memegang betis kanannya pada separuh masa kedua dalam aksi 16 pasukan terakhir menentang Portugal Sabtu lalu, selepas menjaringkan dua gol hebat untuk menang 2-1.

Penyerang itu berharap kecederaan itu tidak memberi sebarang kesan tetapi imbasan itu memberikan harapan buat Uruguay bahawa pemain itu dapat diturunkan pada ketika tertentu sewaktu menentang Perancis.

Cavani, 31, adalah penjaring terbanyak PSG sepanjang zaman dan membentuk gandingan hebat dengan pemain Barcelona, Luis Suarez bersama pasukan kebangsaan.

Cavani menjaringkan tiga gol pada Piala Dunia kali ini, malah turut menjaringkan gol sewaktu Uruguay menewaskan tuan rumah Russia 3-0.

Dia kini menjalani program pemulihan bersama rakan sepasukan di kem latihan mereka di Bor, tidak jauh dari Nizhny Novgorod.

Semalam, pemain tengah Rodrigo Bentancur memberitahu Cavani tetap bersemangat jitu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here