Cawangan IKEA terbesar di Asia Tenggara beroperasi hari ini

0
21

TEBRAU: IKEA, peruncit perabot terbesar di dunia telah membuka cawangan pertamanya di luar kawasan Lembah Klang iaitu IKEA Tebrau di sini hari ini.

Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir pada hari pertama pembukaan hari ini.

Pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman beli-belah barang keperluan rumah di gedung IKEA terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai keluasan 46,713 meter persegi yang mempunyai 54 bilik pameran berinspirasikan ala Sweden.

Pengarah Peruncitan IKEA Asia Tenggara, Mike King berkata pembukaan IKEA di Johor akan mewujudkan lebih banyak pesaingan antara pengeluar barangan kelengkapan rumah.

“Jika anda lihat gedung ini pada hari ini, kami telah menaikkan taraf barangan kelengkapan rumah  di Johor.

“Kami sungguh bangga dengan rupa gedung ini,” jelas beliau.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa terdapat pelbagai tawaran edisi terhad dan aktiviti di kedai untuk seluruh ahli keluarga sempena pembukaan.

Bagi memastikan kunjungan lebih lancar, IKEA Tebrau turut dilengkapi dengan tempat letak kereta di dalam dan luar bangunan sebanyak 1,771 petak.

IKEA Tebrau dibuka pada 10 pagi hingga 10 malam pada Ahad hingga Khamis dan berlarutan hingga 11 malam ppada Jumaat dan Sabtu serta cuti umum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here