Cech sedia saingi Leno

0
416
Advertisement



PETR Cech berkata dia akan berusaha bermati-matian untuk mengekalkan tempatnya sebagai penjaga gol nombor satu Arsenal dan menafikan sebarang dakwaan kepulangan semulanya ke Chelsea.

Kedudukan penjaga gol veteran berusia 36 tahun itu mula menjadi tanda tanya selepas persembahan tidak konsisten pada musim lalu.

Ia kemudian ditambah dengan keputusan pengurus baharu Gunners, Unai Emery yang menandatangani Bernd Leno dari Bayer Leverkusen.

Tetapi Cech, yang kehilangan tempatnya di Chelsea kepada Thibaut Courtois, berkata ini bukanlah kali pertama baginya perlu bertarung untuk jersi nombor satu.

“Sudah beberapa kali sepanjang karier saya menghadapi situasi seperti ini,” kata penjaga gol Republik Czech menjelang pertembungan pra-musim menentang Atletico Madrid di sini, esok.

“Satu-satunya benda yang anda boleh lakukan adalah bekerja keras dan berusaha mengembalikan kedudukan dalam kesebelasan utama, terutamanya dalam bola sepak, tidak terdapat sebarang sentimen mengenainya dan anda hanya perlu menjalankan tugas anda.”

Media Britain kini mengaitkan Cech dengan kepulangan ke Chelsea tatkala penjaga gol mereka Courtois yang juga pemenang anugerah penjaga gol terbaik di Piala Dunia 2018 dilaporkan menjadi buruan Real Madrid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here