Cekik jiran hingga mati demi dapatkan Samsung J2 untuk kekasih

0
23
Advertisement

SEORANG lelaki di Jawa Timur, Indonesia, ditahan selepas didakwa mencekik jirannya hingga mati, sebelum mencuri telefon bimbit miliknya.

Lelaki yang hanya dikenali dengan nama Mamang itu, berbuat demikian hanya kerana mahu mendapatkan telefon Samsung J2 yang diingini teman wanitanya.

Di pasaran Indonesia, harga telefon itu dianggarkan Rp1,599,000 (RM476).

Menurut laporan media tempatan, pada mulanya, kematian mangsa, Maratus Sholikah, 37 tahun, dianggap sebagai mati mengejut.

Namun selepas bedah siasat, pihak berkuasa mendapati ada banyak keraguan pada cara kematian mangsa, selain terdapat kesan lebam di bahagian lehernya.

Jurucakap polis, Iptu Suparman, memaklumkan, siasatan kemudiannya membawa kepada penahanan suspek.

“Pihak penyiasat menghubungi telefon bimbit mangsa dan ia dijawab oleh teman wanita suspek. Suspek kemudiannya ditahan dan mengakui telah mencekik mangsa untuk mendapatkan telefon berkenaan.

“Suspek mengakui bergelut dengan mangsa selepas mangsa enggan menyerahkan telefon itu, dan bertindak mencekik dan menekup muka mangsa dengan bantal,” katanya.

Suspek berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here