Cemas biawak masuk pejabat

0
55



Kuala Lumpur : Tiga pekerja swasta cemas apabila seekor biawak sepanjang satu meter tiba-tiba merangkak masuk ke dalam pejabat mereka di Jalan 16A, Desa Permai Taman Dato Ahmad Razali, Ampang, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Timbalan Penguasa Bomba Ariff Mohamed Kassim, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.10 pagi sebelum anggota dan jentera bomba dihantar ke lokasi.

“Setibanya di sana, kami mendapati seekor biawak berada di dalam ruangan pejabat,” katanya.

Ariff memberitahu, susulan itu, pihaknya menggunakan penjerut besi bagi menangkap biawak berkenaan.

Tambahnya, operasi mengambil masa 10 minit dan biawak ditangkap dilepaskan ke habitat asal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here