CEO Baru Proton Edar Sdn Bhd

Ekoran dari perletakan jawatan oleh Norzahid Mohd Zahudi, Proton Holdings Bhd dengan serta merta telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru untuk Proton Edar Sdn Bhd (PESB) iaitu Rohime Shafie.

ceo proton edar baru 2016

CEO PROTON, Datuk Ahmad Fuaad berkata, beliau amat mengalu-alukan Rohime yang juga bekas Ketua Pegawai Kewangan Proton ke lembaga pengarah syarikat itu.

Dengan 28 tahun pengalaman dalam kewangan dan industri automotif, Rohime di jangka mampu untuk menghidupkan semula jualan PESB dan bahagian pasaran.

Rohime yang juga pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia, pernah berkhidmat dengan memegang beberapa jawatan penting seperti Pengurus Besar Automotive Corporation (Malaysia) Sdn Bhd, Presiden Honda Malaysia Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif DRB-Hicom Auto Solution Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Otomobil Nasional Berhad ( “EON”).

Leave a Comment