CEO Intel letak jawatan kerana punyai 'hubungan dipersetujui bersama' dengan pekerja

0
452
Advertisement

SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Intel, Brian Krzanich meletak jawatan selepas dikatakan mempunyai “hubungan” dengan pekerja, yang mana ia melanggar dasar ditetapkan syarikat berkenaan, lapor agensi berita Xinhua.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, mengesahkan terdapat pelanggaran terhadap dasar “tidak boleh mempunyai hubungan dipersetujui bersama” dan dasar itu tertakhluk kepada semua pegawai peringkat pengurusan.

“Lembaga pengarah menerima peletakan jawatan Krzanich, ” kata Intel dalam kenyataan pada Khamis.

Krzanich telah berkhidmat sebagai CEO dan ahli lembaga pengarah syarikat perisian terkemuka dunia itu selama setengah dekad.

Berikutan itu, ketua pegawai kewangan (CFO), Robert Swan dilantik sebagai CEO sementara, berkuatkuasa serta merta.

“Kami yakin dengan keupayaan Bob (Robert) Swan untuk memimpin syarikat itu sementara mencari calon sesuai untuk dilantik sebagai CEO,” kata pengerusi Intel, Andy Bryant.

Swan, menyandang jawatan CFO sejak Oktober 2016 dan mengetuai bahagian kewangan global, teknologi maklumat dan strategi korporat. 

Sebelum menyertai Intel, beliau merupakan CFO eBay Inc. selama sembilan tahun. 

–BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here