CEO Kumpulan Compass antara enam maut pesawat terhempas

0
116
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Compass, Richard Cousins merupakan antara enam yang maut dalam kemalangan pesawat laut di sebuah sungai di Sydney, Australia pada malam tahun baru.

Menurut Pegawai Polis New South Wales, Mark Hutchings Cousins, 58 tahun maut bersama tunangnya Emma Bowden, 48 tahun,  dan tiga anaknya, Heather Bowden, 11, Edward Cousins, 23, and William Cousins, 25.

Jelasnya, punca kejadian masih belum diketahui dan ketika ini polis sedang bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia dalam mengeluarkan bangkai pesawat yang tenggelam berhampiran Cowan, utara Sydney.

Kata beliau, turut terkorban adalah juruterbang pesawat itu, Gareth Morgan, 44 tahun.

Sementara itu, Pengerusi Compass Paul Wash dalam satu kenyataan telah menyatakan simpati dan memberi peringatan terhadap keluarga dan sahabat Cousins.

Sebelum ini, Cousins telah dijadualkan untuk bersara pada 31 Mac 2018 selepas bekerja selama 11 tahun bersama Compass.

Cousins terkenal dengan kejayaan mentransformasi perniagaan dan menjadikan Compass sebagai salah satu firma terbaik di FTSE 100 serta telah dinobatkan sebagai antara ketua pegawai eksekutif terbaik dunia oleh Harvard Business Review.

Susulan berita kejadian ini, Compass telah mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, iaitu Dominic Blakemore yang mula bertugas pada 1 Januari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here