CEO Telekom Malaysia letak jawatan

0
862
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia (TM), Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly, meletak jawatan berkuat kuasa 6 Jun 2018.

Tempat beliau akan dipangku Timbalannya, Datuk Bazlan Osman berkuat kuasa serta-merta.

“TM ingin menghargai segala jasa Datuk Seri Shazalli sepanjang memimpin syarikat,” kata TM dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, TM tidak menyatakan sebab beliau meletak jawatan.

Mohammed Shazalli sebelum ini merupakan CEO serantau Axiata Group Bhd.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here