Cerai Isteri Kerana Ragu Jantina

Cerai Isteri Kerana Ragu Jantina. Seorang bekas dekan sebuah universiti awam terkejut dan merasa tertipu apabila menyedari isteri ketiga yang dinikahinya setahun lalu di Songkhla, Thailand rupa-rupanya seorang lelaki yang menyerupai perempuan. Mangsa seterusnya membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak.

bekas dekan fakulti

Gambar: Bekas dekan fakulti bawa kes ke mahkamah syariah

Beliau masih lagi memegang jawatan sebagai dekan universiti awam tersebut semasa pernikahan ketiga berlangsung.

Setelah aduan diterima, pejabat agama mengarahkan beliau dan isteri supaya berpisah. Si Isteri yang juga merupakan seorang pengusaha butik kecantikan telah disiasat oleh JPN mengenai status jantinanya.

Pasangan itu mengesahkan perkahwinan mereka sebelum ini dengan mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah sejurus selepas mereka berkahwin di Songkhla.

Kes bermula apabila surat beranak isterinya yang ditemui menunjukkan beliau seorang lelaki. Tambahnya, isteri yang berasal dari Bentong,Pahang itu mempunyai dua nombor ganjil pada nombor akhir kad pengenalannya.

Kemelut rumahtangga mereka diselesaikan oleh peguam syarie yang kemudiannya memfailkan permohonan faraq ( memisahkan perkahwinan)  di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur Januari lalu.

Susulan itu, bekas dekan tersebut membuat permohonan supaya mahkamah mengeluarkan perintah agar bekas isterinya itu menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina sebenar.

Leave a Comment