CFA siasat pemain Changchun

0
33
Advertisement



HONG KONG: Persatuan Bolasepak China (CFA) sudah menjalankan siasatan berhubung insiden penyerang Shanghai Shenhua, Demba Ba yang mendakwa dia menerima diskriminasi perkauman daripada pemain lawan pada aksi liga, hujung minggu lalu.

Bekas penyerang Chelsea itu dilemparkan kata-kata berunsur perkauman daripada pemain tengah Changchun Yatai, Zhang Li selepas mereka bertembung pada aksi Liga Super China yang berakhir dengan keputusan 1-1.

“Berdasarkan laporan daripada penyelia selepas perlawanan, CFA segera melaksanakan siasatan dan akan menjalankan perbicaraan berhubung insiden yang berlaku pada perlawanan terbabit,” kata persatuan itu menerusi satu kenyataan.

“Jika dakwaan itu benar, pemain yang terbabit akan dikenakan hukuman mengenai peraturan yang sudah ditetapkan.

Media tempatan bagaimanapun melaporkan Changchun menafikan dakwaan terbabit.

CFA menjelaskan pihaknya sentiasa berpegang teguh pada prinsip ‘permainan bersih dan semangat kesukanan.’

“Kami menolak segala unsur perkauman dan diskriminasi,” kata CFA.

“Kami menggalakkan semua pihak supaya bekerjasama bagi menjaga kemurnian sukan ini dan menyebarkan aspek positif dalam bola sepak.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here