Charles Manson, pembunuh paling kejam abad ke-20, mati akhirnya

0
21

PEMIMPIN ajaran sesat dan pembunuh paling kejam abad ke-20, Charles Manson, meninggal dunia ketika menjalani hukuman.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penjara California, Manson, 83 tahun, meninggal dunia di sebuah hospital di California pada Ahad akibat sakit tua.

Manson dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah mengarahkan pembunuhan berprofil tinggi pelakon terkenal, Sharon Tate pada tahun 1969.

Dalam insiden pada 9 Ogos 1969 itu, Tate yang sedang hamil lapan bulan ditikam sebanyak 16 kali.

Ketika kejadian, suami Tate, penerbit filem Roman Polanski, berada di luar negara.

Turut menjadi mangsa ialah guru muzik Gary Hinman dan pelakon aksi Donald Shea.

Selain Tate, Manson turut mengarahkan empat pengikutnya membunuh enam lagi mangsa, dalam dua serangan berbeza di Los Angeles.

Manson dan pengikutnya pada mulanya dijatuhi hukuman mati, namun hukuman itu ditukar kepada penjara seumur hidup selepas Mahkamah Agung California memansuhkan hukuman mati pada 1972.

Manson yang pernah bergelar penyanyi dan komposer dilapor terbabit dengan pelbagai jenayah sejak berusia 13 tahun dan sering kali dimasukkan ke penjara.

Dia kemudiannya menubuhkan kumpulan ajaran sesat yang dinamakan The Manson Family sekitar tahun 1960an dengan kebanyakan pengikutnya terdiri daripada wanita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here