Chef Wan luah di Instagram, sahkan anaknya failkan cerai

0
62

KUALA LUMPUR: Chef terkenal tanah air, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, semalam meluahkan perasaan melalui Instagram, tentang anaknya, Serina Redzuawan, 33, yang akan memfailkan perceraian dengan suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh, 40.

Chef Wan, melalui akaun media sosialnya itu, menjelaskan bahawa dirinya akhirnya terpaksa bersuara gara-gara bersimpati dengan masalah yang ditanggung Serina dengan suami yang nama Islamnya, Salahudin Ghafar itu.

“Betapa berat mata memandang berat lagi bahu Serina yang memikul segalanya untuk enam setengah tahun dalam mengharungi perkahwinannya yang tidak bahagia,” luah Chef Wan di laman Instagramnya. 

“Alhamdulilah, selepas menasihati menantu saya beberapa kali mengenai kepentingan suami menjalankan tanggungjawab memberi saraan perbelanjaan isterinya tiap-tiap bulan dan beliau tidak menerima nasihat saya, saya amat gembira kerana anak perempuan saya memfailkan perceraian.

“Kami akan meneruskan semua prosiding undang-undang untuk memperjuangkan hak dan keadilan dia,” katanya.

Chef Wan berkata dalam sesebuah perkahwinan, seorang suami harus ‘memanjakan’ isterinya tetapi sayang sekali anaknya yang ‘bekerja teruk ke sana ke mari mencari rezeki’, dan sebagai bapa beliau berasa sedih.

“Cukuplah, jika tidak mahu mendengar nasihat bapa mertua, rasa saya sampai sini sahajalah.

“Ya, saya sedih untuk cucu-cucu saya, tetapi saya rasa, dengan perhatian dan kasih saying kami, mereka akan dapat melalui semua ini.

“Kepada semua suami, ketika kita membaca khutbah nikah di depan kadi itu cuba ingat apa tanggungjawab suami kepada isteri?

“Nafkah isteri tetap tanggungjawab suami, tiada persoalan lagi tentang perkara ini,” katanya.

Serina dan O’Luanaigh bernikah pada 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

O’Luanaigh berbangsa Irish dan memeluk Islam ketika berkahwin dengan Serina yang merupakan seorang pelakon dan personaliti televisyen. 

Liputan perkahwinan mereka pada 1 Januari, 2010 turut disiarkan dalam saluran Asian Food Channel atau AFC. 

Percubaan Astro AWANI untuk mendapatkan komen lanjut daripada Chef Wan mahupun Serina, bagaimanapun gagal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here