Chelsea Clinton gelar Duterte samseng

0
59


PRESIDEN Rodrigo Duterte (kiri) dan anak bekas Presiden Amerika Syarikat, Chelsea Clinton. – Foto EPA/AFP

MANILA: Jenaka Presiden Rodrigo Duterte mengenai tentera boleh merogol tiga wanita mendapat kritikan di media sosial termasuk daripada anak bekas Presiden Amerika Syarikat, Chelsea Clinton.

Beliau dan beberapa kumpulan hak asasi menganggap jenaka Duterte sebagai menjijikkan.

Duterte dilapor ‘berseloroh’ di kem tentera untuk memberi semangat kepada pasukan yang bertugas selepas mengisytiharkan undang-undang tentera di selatan Filipina Selasa lalu.

Ini bukan kali pertama Duterte berjenaka sedemikian kerana tahun lalu ketika kempen pilihan raya, beliau pernah dilapor berkata berhasrat merogol seorang mubaligh jelita dari Australia yang dibunuh ketika rusuhan dalam penjara Filipina.

“Tidak lucu sama sekali,” kata Clinton dalam akaun Twitter beliau.

Dalam kiriman kedua beliau menulis: “Duterte adalah samseng yang membunuh yang tidak menghormati hak asasi manusia. Adalah penting untuk menegaskan bahawa rogol bukan jenaka,” katanya.

Timbalan Pengarah Pertubuhan Hak Asasi Manusia (Asia), Phelim Kine menganggap gelagat Duterte itu sebagai ‘jenaka yang menjelikkan.’

“Ia menunjukkan pentadbiran Duterte tidak peduli kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa tentera di Mindanao, malah beliau mungkin menggalakkannya,” katanya. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here