Cheng Hoe tinggalkan Kedah

0
88



Sungai Petani: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengesahkan jurulatih Tan Cheng Hoe kini tidak lagi bersama pasukan Lang Merah. Presiden KFA Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, semalam merupakan hari terakhir Cheng Hoe bersama dengan KFA dan buat sementara waktu, tugas jurulatih pasukan akan digalas pembantunya, Nidzam Adzha Yusoff. “Keputusan melepaskan Cheng Hoe dibuat berdasarkan pertimbangan yang mengambil kira pelbagai sudut, meskipun menyedari pasukan Kedah bakal bersaing dalam pertandingan separuh akhir pertama Piala FA menentang Terengganu di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini. “Kita sudah bincang mengenai hasrat beliau untuk berhijrah ke jawatan yang telah ditawarkan dan pada dasarnya KFA bersetuju untuk memberi peluang kepadanya untuk menimba pengalaman yang lebih di peringkat kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah di Merbok, malam tadi. Cheng Hoe sebelum ini mengesahkan sudah menerima surat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya pada 5 April lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2017 @ 6:09 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here