China sokong usaha kondusif Rusia berhubung konflik di Syria

0
52
Advertisement

SOCHI: China menyokong sepenuhnya usaha kondusif yang sedang dicorak di Rusia bagi memastikan keamanan dicapai di Syria.

Wakil khas kerajaan China pada Kongres Dialog Kebangsaan Syria yang diadakan di Sochi, Xie Xiaoyan berkata langkah penambahbaikan dalam usaha damai yang dipromosi Rusia adalah satu langkah bijak.

Malah China memuji langkah terbaharu Rusia yang melanjutkan siri rundingan damai Syria ke satu lagi tahap yang berkaitan dengan usaha yang dibawa Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB.

“Kami menegaskan bahawa isu Syria hanya dapat diselesaikan melalui dialog.

“Jadi kita harus mempromosikan penyelesaian politik dan mencari jalan keluar, kerana ini adalah satu-satunya penyelesaian yang dapat dilaksanakan untuk isu ini,” jelas Xie yang menghadiri sidang tersebut pada Rabu yang membawakan tema ‘Keamanan Untuk Rakyat Syria.

“Kami mengharapkan semua pihak yang berkaitan, terutama yang terlibat dalam konflik, akan tetap teguh dalam komitmen mereka untuk meningkatkan asas bersama menerusi dialog dan rundingan,” tambah Xie.

Pada sidang terbabit China turut menawarkan bantuan kemanusiaan kepada Syria dan menggalakkan syarikat-syarikat China untuk secara aktif mengambil bahagian dalam pembangunan semula negara itu.

Kongres Dialog Kebangsaan Syria yang berlangsung selama dua hari di Sochi berakhir pada Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here