Chong Wei terpaksa akur kepada Lin Dan

0
95



KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei sekali lagi kecundang di tangan pemain sensasi China, Lin Dan, sekali gus gagal mara ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang berlangsung di Wuhan, China hari ini.

Chong Wei, yang juga juara bertahan, terpaksa akur dengan ketangkasan musuh tradisinya itu apabila tewas 13-21 dan 15-21 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama 52 minit, demikian menurut laman web kejohanan bwf.tournamentsoftware.com.

Untuk rekod, Chong Wei menjuarai kejohanan berkenaan pada 2006 dan 2016.

Kali terakhir kedua-dua pemain berkenaan berentap adalah pada final Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak, awal bulan lalu yang menyaksikan Lin Dan muncul juara.

Lin Dan akan berdepan rakan sepasukannya, yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Chen Long pada final, esok.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here