Chungha pertikai Mnet

0
48



[email protected].

Annyeonghaseyo!!! Sentiasa mementingkan kesempurnaan dalam kerja, anggota I.O.I iaitu Chungha mengakui tidak berpuas hati dengan cara suntingan Mnet ketika mengendalikan program realiti Produce 101.

Ramai sedia maklum program yang sudah memasuki musim kedua itu medan terbaik untuk menonjolkan bakat artis baru di Korea Selatan.

Menerusi program itu, peminat boleh nampak kesungguhan dan usaha artis kesayangan mereka.

Bagaimanapun, Chungha menegaskan aspek itu tidak ditekankan kerana ada bahagian penting tidak dimasukkan ketika ia bersiaran.

Perkara itu disuarakan Chungha ketika menjadi tetamu program Chiu Jung Hwa’s Power Time baru-baru ini.

Dia mengakui sangat meminati Produce 101 musim baru malah mengibaratkannya seperti menonton filem yang pernah dilihatnya sebelum ini.

“Rasa seperti diri sendiri yang beraksi dan saya tidak tenang menonton apa yang dipaparkan. Bayangkanlah ada ketika tanpa sedar tangan saya menutup sebelah mata.

“Namun sayang, teknik suntingan program ini teruk. Saya kasihan dengan peserta yang tidak berada di kedudukan selesa kerana babak kerja keras mereka dibuang. Sepatutnya ia elemen penting yang perlu ditonjolkan.

“Diharap peserta program ini tabah dan kuat semangat,” katanya.

SHARE
Previous articleSkala lebih besar
Next articleMaksimumkan kemampuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here