Cinta terhalang? Keluarga Selena Gomez enggan terima Justin Bieber semula

0
13

AHLI keluarga penyanyi Selena Gomez dikatakan tidak dapat menerima kenyataan bahawa penyanyi itu kini sedang menjalinkan hubungan cinta semula dengan Justin Bieber.

Menurut laporan Daily Mail, Selena dilaporkan menganggap hubungannya bersama Justin Bieber masih diperingkat awal dan tidak mempunyai rancangan untuk membawa Bieber berjumpa keluarganya.

“Selena dan Justin telah memutuskan untuk tidak menyambut perayaan Thankgiving baru-baru ini bersama-sama kerana hubungan mereka masih diperingkat awal.

BACA: Bahana Justin Bieber, Selena Gomez dan The Weeknd berpisah?

“Selena juga dalam proses untuk mengembalikan kepercayaan keluarganya untuk menerima semula kehadiran Bieber.

“Disebabkan itu, mereka mengambil keputusan untuk meraikan perayaan itu bersama keluarga masing-masing,” kata sumber.

Tambah sumber, Justin masih berharap agar keluarga Selena dapat menerima kehadirannya semula agar mereka dapat menyambut Krismas bersama pada Disember ini.

Sumber: Daily Mail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here