Cintai diri sendiri tanpa syarat, mesej utama filem terbaru Chiu Keng Guan

0
115
Advertisement

KUALA LUMPUR: ‘Mencintai diri sendiri tanpa syarat,’ itu antara mesej yang ingin disampaikan pengarah Chiu Keng Guan di dalam filem terbarunya Think Big Big.

Chiu yang sebelum ini dikenali dengan kejayaan filem ‘The Journey’ dan ‘Ola Bola’ yakin filem terbarunya bakal memberi impak besar kepada masyarakat hari ini yang sangat memandang kecantikan sebagai segala-galanya.

Filem sempena Tahun Baru Cina ini yang berorientasikan kekeluargaan turut memberi pengajaran kepada mereka yang asyik dengan dunia media sosial.

“Ia akan membuatkan anda lebih menghargai masa dengan orang yang tersayang dan yang paling penting, mempelajari bagaimana menjadi diri sendiri seadanya,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem tersebut Isnin.

Filem tersebut berkisar tentang seorang gadis bernama Moon yang mempunyai ukuran badan yang agak gempal serta suka berangan-angan menjadi angkasawan.

Kehidupan Moon berubah apabila dia memasuki pertandingan menguruskan badan yang memerlukannya berkongsi perjalanan kecergasannya di media sosial.

Bagi filem ini, Chiu bergabung tenaga dengan ahli sinematografi Yong Choo Lin dan pengarah seni Soon Yong Chow.

Think Big Big menampilkan bakat-bakat baru seperti juara bertahan Miss Astro 2016 Serene Lim, Fabian Loo, Moon Yong, Joanne Lau, Vivienne Oon, Ruby Yap dan Keigrey Kam.

Filem ini terbitkan Astro Shaw, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan MM2 Entertainment.

Ia bakal menemui penonton pada 15 Februari ini.

Maklumat lanjut, ikuti #ThinkBigBig di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here