Conte sedih istilah 'penting diri'

0
94



London: Bos Chelsea Antonio Conte menolak kata kata Cesc Fabregas yang mahukan rakan sepasukannya, Eden Hazard menjadi seorang pemain ‘lebih mementingkan diri sendiri’.

Pengurus dari Itali itu berkata itu “bukan idea bola sepak” yang sesuai dengan dirinya.

Fabregas berkata rakan sepasukannya Hazard mampu mencapai tahap seperti Lionel Messi jika lebih mementingkan diri dan pamer sentuhan penyudah lebih tajam di depan pintu gol.

Conte berkata: “Dalam pasukan saya, saya tidak mahu pemain mementingkan diri sendiri. Saya lebih sanggup tewas daripada mempunyai pemain mementingkan diri sendiri.

“Bagi saya, saya sedih mendengar kata kata begitu.”

Hazard meledak gol ke-15 musim ini selepas masuk selaku pemain gantian ketikka Chelsea menewaskan Spurs 4-2 di Wembley sekaligus membuktikan dirinya pemain penting buat skuad Conte yang mengejar dua kejuaraan.

Conte berkata lagi: “Sasaran pertama setiap juara adalah beraksi untuk pasukan dan meletakkan bakat dalam pasukan,” katanya.

“Pemain terbaik tidak wujud tanpa pasukan. Saya tidak akan memahami perkara ini. Saya tidak mahu ini dan tidak dapat menerimanya. Saya tidak mahu kelab ini membeli pemain mementingkan diri sendiri. Tidak.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here