Courtois kekal tenang

0
53
Advertisement



LONDON: Thibaut Courtois menjelaskan dia kekal bertenang berhubung spekulasi perpindahannya daripada Chelsea ke Real Madrid.

Penjaga gol Belgium itu sering dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid yang dilihat mahu menguatkan posisi penjaga gol mereka.

Kontraknya bersama The Blues hanya berbaki setahun dan setakat ini sudah menolak tawaran untuk menandatangani kontrak baharu.

Dia menegaskan mahu kekal bertenang berhubung spekulasi perpindahan terbabit ketika Maurizio Sarri dilaporkan sudah mengadakan perbincangan bersama penjaga gol berusia 26 tahun itu selepas aksi Perisai Komuniti.

“Perpindahan saya? Saya tidak mahu mengulas apa-apa buat masa ini kerana ia situasi yang rumit,” katanya.

“Saya tidak mahu bercakap dan memikirkan mengenainya. Saya hanya mahu tenang dan menjadi gemuruh tidak akan membantu saya.

“Apa yang lebih penting adalah saya sudah bersedia untuk mengharungi musim baharu.”

Courtois menghabiskan tujuh tahun bersama Chelsea termasuk tiga tahun secara pinjaman di Atletico Madrid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here