Courtois mungkin ke Real

0
11
Advertisement



LONDON: Thibaut Courtois membuka pintu untuk berpindah ke Real Madrid selepas mengakui dia lebih suka menghabiskan masa bersama anaknya yang menetap di ibu kota Sepanyol itu.

Courtois menjadi sasaran perpindahan buat Real Madrid yang terdesak untuk menambah penjaga gol kelas dunia ke dalam barisannya pada musim panas ini.

Pemain Belgium itu yang menghabiskan tiga musim di Atletico Madrid selepas berhijrah ke Chelsea pada 2011, menandatangani perjanjian lima tahun di Stamford Bridge pada 2014 dan akan tamat musim panas depan.

Walaupun mengakui dia gembira dengan kehidupan di ibu kota England, dia tidak menafikan mahu melihat anaknya dengan lebih kerap dan berharap situasi itu akan berubah tidak lama lagi.

“Saya suka tinggal di London. Madrid dan London memang hebat,” kata Courtois selepas kemenangan hebat 3-2 Belgium mengatasi Jepun awal pagi Selasa pada saingan 16 pasukan terakhir Piala Dunia.

“Perkara utama ialah anak saya tinggal di Madrid. Saya mahu mereka berada lebih dekat. Itu tidak bermakna saya akan kembali, tetapi bagi saya mereka amat penting dan saya akan melakukan sesuatu untuk melihat mereka lebih kerap.”

Walaupun penyokong Chelsea lebih gembira jika mendapat kepastian daripada penjaga gol nombor 1 itu, Courtois berkata keputusan itu tidak akan dibuat sehingga tamat Piala Dunia.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya ketiak ini. Saya hanya berkata saya akan melihat semuanya selepas Piala Dunia,” katanya.

“Perkara pelaing penting ialah anak saya dan saya akan membuat keputusan apa yang terbaik buat saya.”

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here