Croatia mampu atasi skuad legenda 98'

0
513
Advertisement



Croatia mampu atasi skuad legenda 98’

ZAGREB: Kejayaan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 pertama kali sejak dua dekad lalu mengembalikan semula kenangan pencapaian tertinggi bola sepak Croatia dengan harapan skuad diketuai Luka Modric mampu pergi lebih jauh berbanding pasukan legenda 1998.

Selepas kemenangan dramatik ke atas Russia menerusi sepakan penalti, Croatia akan menentang England di hadapan 80,000 penyokong di Stadium Luzhniki Moscow, esok untuk merebut tempat ke pentas final Piala Dunia.

Pada 1998, Croatia yang lahir dari perang kemerdekaan yang pahit hanya tiga tahun lebih awal, membuat kemunculan sulung di pusingan akhir Piala Dunia.

Pasukan diperkuatkan barisan pemain seperti Davor Suker, Zvonimir Boban dan Robert Prosinecki yang memakai jersi berwarna biru dengan corak berpetak merah dan putih menewaskan gergasi Jerman 3-0 di peringkat suku akhir di Perancis, sehingga menggemparkan penyokong di tanah air mereka.

Walaupun Croatia kalah kepada pasukan tuan rumah, Perancis 2-1 di separuh akhir mereka berjaya mengalahkan Belanda 2-1 bagi penentuan tempat ketiga. 

Pasukan yang mendapat jolokan “The Fiery Ones” juga menjadi contoh dan idola kepada skuad Croatia sehingga ke hari ini. 

Selepas sekian lama, akhirnya muncul pasukan baharu Croatia yang mampu mengatasi kejayaan skuad legenda 1998.

Bekas pemain kebangsaan Croatia 1998, Robert Prosinecki berkata mereka sangat gembira kerana sudah ada skuad yang mampu mengatasi pencapaian mereka sebelum ini.

“Saya sangat berharap mereka lebih baik daripada kami. Tahun 1998 memang tidak boleh dilupakan, namun saya gembira kerana akhirnya ada pasukan yang mampu mengatasi kejayaan  ‘Fiery Ones’ 1998 dan seterusnya menjadi sanjungan penyokong,” kata Prosinecki yang juga bekas pemain Real Madrid. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here