Croatia tak reti penat ke?

0
220
Advertisement



MOSCOW: Perancis terkejut dengan tahap kecergasan fizikal dimiliki pemain Croatia dan tidak merasakan lawan mereka itu berada dalam keadaan keletihan apabila kedua-dua pasukan beraksi dalam final Piala Dunia, Ahad ini.

Croatia diheret sehingga masa tambahan dalam tiga perlawanan pusingan kalah mati, menyingkirkan Denmark dan tuan rumah Russia menerusi penentuan penalti sebelum meledak gol kemenangan pada lewat masa tambahan untuk menewaskan England dalam aksi separuh akhir.

Berbanding Croatia, Perancis pula memenangi semua perlawanan mereka sejak pusingan 16 terbaik dalam tempoh 90 minit perlawanan.

Bagaimanapun, pemain tengah Perancis, Blaise Matuidi menegaskan dia tidak fikir pemain Croatia dalam keadaan keletihan biarpun beraksi di atas padang untuk tempoh yang lebih lama.

“Saya tidak fikir ia akan menjadi faktor. Kita dapat lihat dalam perlawanan terakhir apabila mereka berjaya menang dalam pertemuan dua pasukan kuat.

“Mereka tidak kelihatan seperti pasukan yang bermain sehingga masa tambahan dalam tiga perlawanan berturut-turut. Sebaliknya, mereka dilihat seperti bermain perlawanan pertama.

“Mereka adalah pasukan yang akan beraksi dalam final Piala Dunia, pasukan yang memiliki ramai pemain berpengalaman. Mereka pastinya akan buat persiapan terbaik dan saya tidak fikir masa tambahan atau penentuan penalti akan menjejaskan mereka,” kata Matuidi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here