"Cukup-cukuplah, saya dah kena teruk sangat untuk 2017… penat"- Kamal Adli

0
111
Advertisement

PELAKON Kamal Adli berazam mahu membuka buku baru dan tidak mahu lagi terpalit dengan sebarang cerita negatif atau kontroversi tahun ini.
 
Menurut Kamal, pengalaman pahit yang ditempuhi tahun lalu cukup meninggalkan kesan yang begitu mendalam buat dirinya.
 
“Cukuplah, dah teruk sangat saya kena waktu 2017. Saya akan cuba elak dan tidak mahu terlibat dengan apa-apa isu yang boleh menjejaskan saya.
 
“Saya akui perkara seperti ini boleh menjejaskan karier dan saya tak mahu orang kenal saya hanya kerana kontroversi.
 
“Saya dah penat, cukup-cukuplah dan saya tidak mahu perkara seperti itu berulang lagi.
 
“Untuk 2018 ini biarlah saya buka buku baru, fokus dengan kerjaya dan perniagaan saya.
 
“Alhamdulillah, tawaran berlakon juga banyak dan jadual saya pun hampir padat. Saya anggap ini permulaan yang baik,” kepada Astro Gempak. Dalam perkembangan lain, Kamal bakal mengendalikan program baru terbitan Astro, Gegar Lawak bermula 19 Januari ini.
 
Selain Kamal, pelawak Fad Bocey bakal bergandingan bersamanya hos program terbaru Astro itu.
 
Pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin pula ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta dan
 
Douglass Lim pula merupakan juri tetap.
 
Gegar Lawak bakal bersiaran secara langsung setiap Jumaat, jam 10.00 malam bermula 19 Januari ini di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).
 
Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.
 
Foto: Instagram @kamaladli

Teks oleh: Mya Amri
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here