Cukup! Kami tidak mahu lagi sampah anda, China kini di era baharu

0
126
Advertisement

GUANGZHOU: “Cukup kami tidak mahu lagi sampah anda. China sedang memasuki era baharu.”

China melaungkan perkara itu selepas larangan import ke atas bahan buangan sisa pepejal diluluskan republik itu bulan ini.

China yang merupakan destinasi utama dunia untuk sampah kitar semula kini telah mengorak langkah baharu dengan menubuhkan syarikat pengurusan sampah di luar negara.

Ia adalah sebahagian dari pelan perlindungan alam sekitar China yang dibuat hasil desakan rakyatnya yang mahukan negara itu bersih dari pencemaran.

Hasil dari tindakan terbabit, Amerika Syarikat dan negara Eropah kini merupakan negara yang paling teruk terkesan.

Ini kerana kedua-dua benua terbabit terpaksa memikirkan jalan keluar baharu bagi menguruskan 85 peratus sisa pepejal yang dieskport ke China saban tahun.

Pada 2016 Amerika Syarikat telah mengeksport 16 juta tan sisa pepejal dengan jumlah dagangan melebihi AS$5.2 bilion.

Menurut pegawai Biro Perlindungan Alam Sekitar Guangzhou, Liu Fenglin, larangan tersebut menggalakkan perlindungan alam sekitar dan mengikut kehendak rakyat untuk hidup dalam persekitaran yang baik dan kehidupan yang lebih baik.

“Apa yang kita hadapi sekarang adalah percanggahan antara pembangunan yang tidak seimbang dan tidak mencukupi dan keperluan rakyat yang semakin meningkat,” jelasnya.

Untuk menyesuaikan diri dengan larangan terbaharu itu syarikat pemprosesan sisa di Guangzhou akan mencari penyelesaian alternatif dengan menggunakan sepenuhnya kilang-kilang domestik dan kitar semula negara lain.

“Syarikat-syarikat di sini sedang mencari transformasi.

“Salah satu penyelesaian utama bagi mereka adalah membina kilang-kilang kitar semula di luar negara,” jelasnya.

24 jenis bahan yang dilarang adalah barangan yang kebanyakannya dibuang setiap hari, seperti plastik, dan pelbagai jenis kertas yang kebanyakannya boleh dikitar semula.

Tetapi pakar mengatakan walaupun produk hijau dunia meninggalkan sekurang-kurangnya 25 peratus sisa namun mereka yakin negara-negara maju telah boleh menguruskan sisa pepejal masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here