Cukup tidur dengan Alta HR

0
96



Syarikat pengeluar peranti boleh pakai (wearable), Fitbit berusaha membantu masyarakat negara ini mengatasi masalah tidur berkualiti dengan pengenalan gajet terbaru, Alta HR.

Ia berikutan masalah tidak cukup tidur juga memberi kesan produktiviti apabila kurang perhatian dan penumpuan.

Alta HR yang dipasang dengan aplikasi akan membantu melihat corak tidur pengguna seterusnya memberi cadangan waktu tidur tertentu yang sesuai kepada pemakai.

Misalnya, Alta HR akan memaklumkan 30 minit lebih awal kepada pengguna untuk bersedia tidur dengan mengurangkan aktiviti dilakukan.

Alta HR mempunyai kelengkapan sensor degupan jantung, jangka hayat bateri sehingga tujuh jam, paparan OLED, pengesan aktiviti harian dan sesuai untuk disambungkan ke telefon pintar Android atau iOS.

SPESIFIKASI:

FITBIT ALTA HR

Harga: RM730

OS: Android atau iOS

Pembelian: Lazada

Ciri: IP67

Pengesan degupan jantung: PurePulse (kesan seharian)

Ciri baru: Kesan tidur, masa diperuntukkan ketika dalam sedar, tidur atau REM

Notifikasi: Panggilan, teks, kalendar

Bateri: 7 hari

Skrin: OLED

Sambungan: Bluetooth

Tali: Boleh tukar

Saiz: S, L

Warna: Hitam, kelabu, merah, jingga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here