Curi CPU Sorok Dalam Kain

Curi CPU sorok dalam kain. Taktik pencuri semakin licik dan tidak masuk akal. CPU atau Central Processing Unit bagi sebuah komputer yang agak berat dan sukar untuk dibawa keluar dari kedai, dicuri dengan mudah! Itulah kenyataannya. Sebelum ini kita pernah mendengar bagaimana beberapa kedai Al-Ikhsan telah kerugian ribuan ringgit kerana berlakunya kecurian dengan kaedah yang sama. Mereka menggunakan taktik menyorokkan baju yang dicuri ke dalam kain kemudian membawanya keluar.

Curi CPU guna kangkang

Geng yang sebelum ini pernah digelar “Geng Kangkang” menular kembali. Mungkinkah ada “sekolah” mencuri yang mengajar mereka untuk menjadi sangat handal menggunakan kaedah ini? Kes seperti ini juga pernah diterbitkan oleh DailyMail di mana CCTV telah menangkap gambar seorang perempuan yang mencuri sekotak bir(24 tin) menggunakan kaedah yang sama December lalu di United Kingdom .

Kes curi CPU yang berlaku di Malaysia ini mendapat perhatian melalui laman perkongsian video, Youtube sejak beberapa hari yang lalu. Mari lihat video dan komen di bawah.

Acer – Curi CPU sorok dalam Kain

[youtube src=”_72X9IQccmo”][/youtube]
Komen Anda?

Leave a Comment