Daesh mengaku jadi dalang

0
38


KEJADIAN lelaki yang memandu kereta membawa senjata serta bahan letupan sebelum merempuh konvoi van polis di Champ Elysess, 19 Jun lalu.- Foto AFP

KAHERAH: Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap dua serangan militan di Eropah, bulan lalu.

Pengakuan itu dibuat menerusi majalah dalam talian, Rumiyah, dan menamakan Abu Maysun al-Faransi, sebagai lelaki yang memandu kereta membawa senjata serta bahan letupan sebelum merempuh konvoi van polis di Champ Elysess, 19 Jun lalu.

Perkhidmatan rahsia Perancis dan pendakwa raya unit antikeganasan dilaporkan mengetahui identiti lelaki yang maut dalam kejadian itu.

Rumiyah turut menamakan Usamah Zaryuh sebagai yang melancarkan letupan kecil di stesen kereta api di Brussels, Belgium pada 21 Jun.

Namun, suspek ditembak mati pihak berkuasa. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here