Daesh mengaku letup bom kereta

0
26


FOTO kejadian letupan diambil daripada rakaman video yang viral di laman sosial. – Sumber Twitter

BAGHDAD: Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian letupan bom kereta, yang membunuh sekurang-kurangnya 13 orang dan mencederakan 30 yang lain, awal pagi ini.

Penyerang menyasar daerah Karrada, kawasan yang pernah diserang dengan bom trak besar-besaran pada Julai 2016 dan mengorbankan sekurang-kurangnya 324 orang.

Kejadian itu adalah paling dahsyat di Iraq sejak pencerobohan tentera Amerika Syarikat (AS) pada 2003, yang juga diakui dilakukan oleh militan Daesh.

Kedua-dua serangan bom itu berlaku pada Ramadan ketika ramai umat Islam mengunjungi restoran dan kafe untuk berbuka di Baghdad.

Agensi Berita, Amaq, mendakwa serangan hari ini berlaku di kawasan majoriti pengikut Syiah. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here