'Dah jumpa tapi terjun balik'

0
73



Kota Kinabalu: Seorang nelayan yang hilang selepas berenang di perairan Pulau Mantanani, Kota Belud, di sini, pada Ahad lalu ditemui selamat oleh bot nelayan, semalam.

Bagaimanapun, mangsa yang ditemui pada jam 9.04 pagi dengan memakai jaket keselamatan dikatakan terjun semula ke laut sebelum hilang menyebabkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah giat mengesan lelaki berkenaan.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, |pihaknya menerima maklumat mangsa ditemui selamat oleh sebuah bot nelayan, tetapi pelik apabila terjun semula ke laut.

“Kami akan menyiasat daripada pelbagai faktor termasuk memastikan sama ada lelaki itu siuman atau sebaliknya.

“Ketika ini, kita mengarahkan aset APMM atau bot nelayan yang turut membantu usaha pencarian berkenaan terus membawa mangsa ke daratan sekiranya ditemui,” katanya.

SHARE
Previous articleRentung dekat pintu
Next articleMati rebut parkir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here