Da'i musim ke-5 sasar dakwah peringkat global

0
19


KUALA LUMPUR: Program realiti terbitan TV3, Da’i Pendakwah Nusantara yang memasuki musim kelima penganjurannya mengenakan syarat baharu kepada barisan finalis.

Penerbit program berkenaan, Shukri Ibrahim berkata, bagi memastikan Da’i yang dihasilkan mampu menyebarkan dakwah sehingga ke peringkat global, setiap peserta perlu mempunyai kemahiran berbahasa Arab.

PENERBIT program Da’i Pendakwah Nusantara, Shukri Ibrahim.

“Untuk musim ini, setiap calon yang datang ke sesi uji bakat perlu mempunyai kemahiran berbahasa Arab kerana bahasa itu penting dan memudahkan lagi urusan mereka berdakwah jika berada di luar negara.

“Lagipun, tak salah jika seseorang itu mempunyai kemahiran pelbagai bahasa. Ketika sesi uji bakat, kemahiran mereka diuji menerusi sesi komunikasi bersama juri kerana kami mencari peserta yang menguasai bahasa itu dengan baik.

“Ternyata 12 finalis ini adalah pilihan yang tepat,” katanya pada sidang media memperkenalkan barisan 12 finalis Da’i Musim Ke-5 yang diadakan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara di sini, hari ini.

Menyokong usaha itu, Shukri berkata, produksi turut menyediakan tenaga pengajar khas untuk membantu finalis menguasai bahasa al-Quran itu. Seramai 12 peserta yang bakal meneruskan cabaran itu dipilih menerusi sesi uji bakat yang diadakan di pelbagai institusi pengajian tinggi sepanjang Mac lalu.

Mereka yang terpilih adalah Aiman Sufyan Aezman (Da’i Aiman, Rawang Selangor), Mihammad Luqman Halim Othman (Da’i Hakim, Selangor), Samsudin Ibrahim (Da’i Samsudin, Sabah), Mohammad Fahmi Zulkifly (Da’i Fahmi, Melaka), Muhammad Izzuddin Mohd Nasir (Da’i Izzudin, Kelantan), Muhammad Luqman Roslan (Da’i Muhammad, KL).

Enam peserta perempuan pula adalah Ilhami Nadhirah Hamzah (Da’i Ilhami), Nur Afiqah Mahmud (Da’i Afiqah Mahmud, Kedah), Nurul Syafiqah Mohamed Hanafiah (Da’i Syafiqah, Selangor), Nor Zahirah Mohd Johar (Da’i Zahirah, Kedah), Nik Nur Adneen Ismail (Da’i Adneen Ismail, Kuala Terengganu) dan Nur Humaira’ Mohammad Akhir (Da’i Humaira’, Kedah).

Pemenang musim ini bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 dan trofi manakala penerima sagu hati meraih ganjaran bernilai RM5,000 serta trofi. Da’i Musim Ke-5 ini bakal menemui penonton bermula 16 Julai ini, jam 9 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here