'Daish telah berkubur' – Hassan Rouhani

0
44

KUALA LUMPUR: Presiden Iran, Hassan Rouhani mengisytiharkan kumpulan militan Daish telah berkubur. Bagaimanapun beliau pada masa sama mengaku saki baki anggota militan masih ada namun menegaskan tunjang dan akar umbinya telah musnah.

“Dengan bimbingan tuhan dan tentangan rakyat di wilayah ini kita boleh katakan kejahatan ini sama ada telah dihapuskan atau dikurangkan” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan.

Hassan dalam ucapannya itu turut mendakwa Amerika Syarikat dan Israel sebagai watak penting di belakang Daish.

Sementara itu, komander kanan pasukan Pengawal Revolusi Iran, Mejar Jeneral Qassem Soleimani mengesahkan perkara itu dalam mesejnya kepada pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada ribuan pejuang yang kehilangan nyawa dalam operasi menentang Daish di Syria dan Iraq.

Dalam perkembangan berasingan, Hassan mengkritik negara-negara Arab di Teluk Rantau yang membisu mengenai kehilangan nyawa orang awam dalam konflik berdarah di Yemen.

Presiden Iran itu dijadual bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatan dari Turki Recep Tayyip Erdogan di Rusia Sabtu ini bagi membicangkan lebih lanjut mengenai konflik di Syria.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here