Dakwa kerajaan tiru pembangkang bukti mereka setuju Bajet 2018 – Salleh

0
464
Advertisement

KOTA BELUD: Dakwaan pembangkang bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam ditiru daripada ‘bajet alternatif’ Pakatan Harapan adalah bukti bahawa pembangkang bersetuju dengan bajet itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata daripada mencari kesalahan dengan Bajet 2018, mereka mengadu bahawa kerajaan mencuri idea daripada mereka.

Mengenai dakwaan pembangkang bahawa Bajet 2018 adalah ‘pemanis’ atau ‘bajet pilihan raya’ Salleh berkata, “setiap tahun mereka mengatakan perkara yang sama bahawa bajet ini adalah bajet pilihan raya”.

“Adakah ini bermaksud Pakatan Harapan menyatakan bahawa Bajet 2018 sangat baik dan dapat menarik para pengundi? Kenyataan seperti ini daripada pembangkang memberikan tanggapan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan Bajet 2018 kerana ia bagus dan bukan kerana ia tidak bagus. Adakah ini tidak ironis?” katanya.

Salleh berkata pembangkang sering merugut sepanjang tahun mengenai “semua perkara, baik atau buruk, supaya mereka tidak boleh mengatakan bahawa kerajaan tidak mendengar mereka seperti yang terbukti dalam Bajet 2018”.

“Justeru, pembangkang boleh berterima kasih kepada perdana menteri atas bajet yang sangat positif daripada terus mengeluh bahawa bajet ini adalah pemanis, bajet pilihan raya, ditiru daripada Pakatan Harapan dan sebagainya,” katanya selepas melepaskan Jambori Kota Belud yang diadakan bersempena Tamu Besar di sini hari ini.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here