"Dan… nama anak kami adalah Chicago West" – Kim Kardashian

0
24
Advertisement

‘DAN… nama anak kami adalah Chicago West.’

Bintang realiti, Kim Kardashian dan suaminya ahli muzik, Kanye West menamakan anak mereka Chicago West.

Pengumuman dibuat Kim, 37 tahun menerusi akaun media sosialnya pada Jumaat.

Bagaimanapun tiada penjelasan lanjut mengapa nama itu dipilih, namun Kanye West 40 tahun dilahirkan di Atlanta dan dibesarkan di Chicago.

Kim dan Kanye mempunyai dua anak sebelum ini, North 4 tahun dan Saint 2 tahun.

Bintang “Keeping Up with the Kardashians” itu telah memilih untuk memperolehi anak ketiga pasangan itu menerusi kaedah ibu tumpang susulan risiko kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here