DAP pegang tangan Umno tapi tak kena serang, keluh PAS

0
53



Naib Presiden PAS Idris Ahmad mengeluh mengenai apa yang beliau percaya sebagai pilih kasih apabila berbicara tentang hubungan parti Islam itu dengan Umno.

Beliau berkata, pemimpin DAP boleh pula berpegangan tangan dengan para pemimpin Umno tanpa ada sesiapa yang menuduh parti itu bersekongkol dengan Umno.

“Jika ada gambar pemimpin PAS bersama dengan pemimpin Umno walau pun minum teh atau bersama dengan program kerajaan terus dituduh hendak masuk Umno.

“Pantang lihat gambar pemimpin kerajaan Kelantan bersama dengan kerajaan pusat terus mengatakan PAS sudah bersama dengan Umno. Jika ada pemimpin DAP, bukan sekadar minum malahan berlaga perut dan berpegang tangan tidak ada masalah,” kata Idris dalam kenyataan semalam.

Walaupun Idris tidak menyebut sebarang nama, ia dipercayai merujuk kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang diketahui mempunyai hubungan yang rapat di sebalik latar belakang politik.

Kedua-dua mereka berpegangan tangan semasa pelancaran Rainbow Skywalk di Pulau Pinang tahun lalu.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here